Home Feature KAAY Super Moisture Cushion Yang Cukup Kelembapan

KAAY Super Moisture Cushion Yang Cukup Kelembapan

3 min read
Comments Off on KAAY Super Moisture Cushion Yang Cukup Kelembapan
0
84

KAAY Super Moisture Cushion Ini Sesuai Untuk Mereka Yang Mempunyai Analisis Imej Berikut

Klik Sini Untuk Memahami Analisis Imej Diri Anda

Cikpuan Pernah Pakai Foundation Jenis Cushion? Sekarang ini sedang trend foundation jenis cushion. Saya sudah cuba beberapa jenama dan salah satunya ialah KAAY Super Moisture Cushion.

 

CUKUP LEMBAP

Berbanding semua jenama yang saya sudah cuba, kelebihan utama cushion foundation KAAY ini ialah ianya cukup lembap. Terasa sejuk apabila dipakai. Untuk kulit kering atau jika sering duduk dalam bilik berhawa dingin, kelembapan begini amat diperlukan.

 

 CUKUP RATA

Keduanya, litupan apabila dipakai ke muka ianya rata dan rapi. Maka kerja memakai mekap akan jadi lebih cepat apabila ada sifat ini. Cela-cela juga ditutup secara natural.

 

CUKUP WANGI

Produk ini juga mempunyai bau wangi yang tidak pernah saya hidu pada produk lain sepertinya. Bau wangi yang menyenangkan. Bau wangi yang menenangkan. Boleh jadi terapi!

 

LAIN-LAIN

Dari sudut lain seperti pakejing, span dan bekas boleh dikategorikan sebagai classy. Great job KAAY!

 

YANG BOLEH DITAMBAH BAIK

Saya berharap juga tona warna foundation ini dipelbagaikan agar sesuai untuk tona kulit sejuk (cool) dan untuk wanita berkulit sedikit gelap.

Buat masa ini produk ini hanya ada satu tona warna sahaja dan lebih sesuai untuk mereka yang berkulit cerah dan mempunyai tona kulit panas (warm).

 

Secara keseluruhannya, saya beri 4 bintang!

Powered by WP Review
Komen Facebook
Load More Related Articles
Load More By Puan Mary
Load More In Feature
Comments are closed.

Review Lainnya

Mudahnya Gosok Baju Dengan Mrs Iron!

Komen Facebook …