Home Feature Kurung Dang Anum Yang Elegan Dan Profesional

Kurung Dang Anum Yang Elegan Dan Profesional

6 min read
0
0
151

Baju Kurung Dang Anum Ini Sesuai Untuk Mereka Yang Mempunyai Imej Berikut

Klik Sini Untuk Memahami Analisis Imej Diri Anda

“Puan Mary, ada dapat baju kurung yang saya hantarkan baru-baru ini?”

Telefon saya berbunyi nyaring, menerima mesej daripada salah seorang sahabat yang dikenali satu ketika dahulu. Ya, ada menerima baju kurung beliau melalui pos laju minggu lepas. Sempat saya mengenakannya, mahu merasa keselesaan pakaian tersebut.

PANELLING

Saat dikeluarkan pakaian tersebut daripada bungkusan, mata sudah jelas ternampak jahitan ‘panelling’ pada fabrik ini. Panelling merupakan teknik berpakaian yang dapat memberi ilusi langsing kepada si pemakainya, kerana mata kita akan melihat baju itu terbahagi kepada 3 panel tirus.

KESELESAAN FABRIK

Jika anda mencari pakaian yang selesa dipakai, dan mementingkan kelembutan pada fabrik, baju kurung Dang Anum ini yang patut anda dapatkan. Saya sempat merasa memakainya ketika keluar berjalan-jalan baru-baru ini. Kain yang digunakan untuk pakaian tersebut tidak panas dan tebal, malah memberi ruang yang tepat dalam pemakaian seharian.

Keselesaan memakai baju kurung ini juga jelas terasa dengan wujudnya lining di dalam yang memberi sentuhan lembut pada kulit tanpa terasa gatal apabila memakainya.

 

Ketebalan pada songket yang digunakan agak tebal dan keras, tetapi bijak diseimbangkan dengan jahitannya bukan sepenuh pakaian, tetapi hanya pada segmen-segmen tertentu sahaja. Maka, ini tidak menimbulkan pandangan ‘bulky’ kepada si pemakai.

 

CORAK YANG MINIMAL

Ciri-ciri klasik dan tradisional jelas terpamer untuk pakaian ini, kerana corak bunga yang ada bersifat minimal dan kecil, tidak terlalu mengambil ruang saiz pakaian tersebut. Dengan warna merah yang gelap apabila digabungkan dengan kuning keemasan, ia tidak melebihi 2 warna utama dan menjadikan baju kurung ini tampak lebih eksklusif.

 

KESESUAIAN MAJLIS

Kerana pakaian ini ringkas tetapi elegan, ia sangat sesuai dipakai oleh wanita yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk badan, dan boleh dipakai dalam apa jua majlis kerana sifatnya yang kemas, ciri-ciri klasik dan profesional.

Tiga faktor yang menjadikannya sesuai dipakai dalam apa jua jenis majlis:

  1. Corak yang minimal dan tidak terlalu besar
  2. Benang emas yang dijahit kemas, tetapi tidak terlalu memenuhi ruang kain
  3. Potongan yang tidak terlalu labuh juga tidak terlalu ketat

 

KESIMPULAN

Jika anda mencari pakaian tradisional yang mempamerkan ciri-ciri profesional dalam pemakaian anda, saya amat berbesar hati untuk memberitahu anda bahawa pakaian ini sesuai untuk anda, dan menepati ciri-ciri yang anda mahukan, dengan harga yang agak berpatutan.

“Sudah dapat, cikpuan. Saya sudah pun memakainya ketika keluar bersiar-siar dengan keluarga minggu lepas. Saya suka dengan pakaian tersebut.”

Saya membalas mesej daripada beliau, yang menunggu jawapan saya tadi. “Terima kasih Puan Mary!” beliau membalas kembali, sempat dibaca oleh saya sebelum saya menyambung kerja sebagai Guru Imej.

 

Powered by WP Review

 

Komen Facebook
Load More Related Articles
Load More By Puan Mary
Load More In Feature
Comments are closed.

Review Lainnya

Mudahnya Gosok Baju Dengan Mrs Iron!

Komen Facebook …